HEADER

HEADER

Monday, May 18, 2015

KENALI WILIAM SHAKESPEARE

William Shakespeare ialah seorang penulis terkenal dalam bidang kesusasteraan Barat. Shakespeare mengarang 38 buah drama, termasuk beberapa buah drama kecil yang mungkin dikarang bersama orang lain, serta 154 buah puisi soneta dan tiga atau empat buah puisi panjang. Beliau dipercayai menghasilkan kebanyakan daripada karyanya antara 1586 dan 1616. Zaman Pembaharuan Inggeris seringkali dikenali sebagai "Tempoh Shakespeare". Ramai orang telah mengagak kehidupan Shakespeare dan memperdebatkan adakah orang lain yang mengarangkan sebahagian ataupun kesemua drama dan puisinya.

Kehidupan peribadi

Shakespeare dilahirkan di Henley Street, Stratford-uponWarwickshireEngland kepada John Shakespeare, seorang ahli badan perundangan bandar serta pekedai yang berjaya. Ibunya, Mary Arden, adalah anak perempuan orang atasan.
-Avon,
Sebagai anak pegawai bandar yang terkenal, Shakespeare berhak menuntut di Sekolah Menengah King Edward VI di Stratfordtengah yang memberikan pendidikan intensif untuk tatabahasa dan kesusasteraan Latin. Buku teks yang digunakan di sekolah Stratford pernah disebut secara tidak langsung dalam dramanya.
Sewaktu berumur 18, Shakespeare berkahwin dengan Anne Hathaway yang berumur 26 pada 28 November 1582 di Temple Grafton, berdekatan dengan Stratford. Upacara perkahwinannya dikendalikan secara tergesa-gesa, barangkali kerana Anne telah tiga bulan berhamil.

Pada 26 Mei 1583, anak sulung Shakespeare, Susannah, di
baptiskan di Stratford. Kemudian pada 2 Februari 1585, anak kembarnya, Hamnet (lelaki) dan Judith (perempuan) dibaptiskan.Selepas perkahwinannya, rekod sejarah Shakespeare tidak menunjukkan apa-apa kegiatan sehingga beliau termuncul dalam dunia teater London. Oleh sebab itu, hujung 1580-an telah digelarkan sebagai "Tahun-tahun Kehilangan" Shakespeare kerana ketiadaan bukti mengenai di mananya beliau berada ataupun kenapa beliau meninggalkan Stratford untuk pemergian ke London.
Sewaktu Shakespeare berumur tiga puluh empat, beliau sudah menjadi orang kaya dan dianggap sebagai penulis drama Inggeris yang terkemuka. Sepuluh tahun kemudian, beliau sudah menciptakan karya-karya yang besar seperti Julius CaesarHamlet, ''Othello, Macbeth dan Raja Lear. Dalam jangka waktu dua puluh tahun itu, Shakespeare tinggal di London, sedangkan isterinya tetap tinggal di Stratford.
Dua drama Shakespeare yang terakhir dikarang pada tahun 1613. Selepas itu, beliau mungkin bersara di Stratford dan mati pada tahun 1616 sewaktu berumur 52. Shakespeare dikebumikan di Gereja Holy Trinity di Stratford-upon-Avon. Pada hari ini, tiada keturunannya yang masih hidup.

Reputasi

Reputasi Shakespeare telah bertambah secara pesat sejak kematiannya. Semasa Shakespeare hidup dan untuk tempoh yang tidak lama selepas kematiannya, beliau dipandang tinggi tetapi tidak dianggap sebagai penyair yang terunggul. Walaupun namanya dimasukkan ke dalam senarai penyair terkemuka sezaman, kalibernya tidak dianggapi setanding dengan Edmund Spenser ataupunPhilip Sidney.
Selepas pengharaman teater oleh Interregum (tempoh tanpa raja) dari 1642 sehingga 1660, syarikat-syarikat teater Zaman Pengembalian yang baru menjadikan dramatis-dramatis generasi terdahulu sebagai tulang belakang persembahan mereka, khususnya pasangan dramatis Beaumont dan Fletcher yang paling popular, serta juga Ben Jonson dan Shakespeare. Sebagaimana dengan dramatis yang lain, drama-drama Shakespeare dipadankan oleh dramatis-dramatis Zaman Pengembalian tanpa belas kasihan dan rasa hormat yang hanya berkembang kemudian.
Mulai dari hujung abad ke-17, Shakespeare bermula dianggapi sebagai dramatis bahasa Inggeris yang teragung (serta sebagai penyair tetapi pada tahap yang tidak begitu tinggi). Pada mula-mulanya, reputasi Shakespeare tertimbul sebagai penyair drama yang hanya dikaji dari halaman bercetak sahaja dan bukannya dalam teater.
Sesampai awal abad ke-19, Shakespeare bermula mencapai kemuncak kemasyhuran dan kepopularannya. Pengkritik romantis seperti Samuel Taylor Coleridge kemudian mempertingkatkan kekaguman kepada Shakespeare sehingga tahap penyanjungan, selaras dengan rasa hormat Romantis kepada penyair yang setanding dengan rasa hormat kepada nabi dan genius. Dari pertengahan hingga hujung abad ke-19, Shakespeare juga menjadi lambang kebanggaan British serta "tanda penyatuan" untuk seluruh Empayar British, sebagaimana yang tertulis oleh Thomas Carlyle pada tahun 1841.
Sesampai abad ke-21, drama Shakespeare masih dipersembahkan dengan lebih kerap berbanding dramatis yang lain, dan sering dipadankan untuk filem. Bagaimanapun, rasa hormat ini juga telah membangkitkan reaksi yang negatif. Kini, kebanyakan penduduk dalam dunia pertuturan bahasa Inggeris menghadapi karya Shakespeare di sekolah pada umur yang muda, dan secara umumnya, karya Shakespeare telah seringnya dikaitkan dengan kebosanan dan ketidakfahaman.

Sinopsis Kisah Romeo dan Juliet






Drama yang berlatarkan Verona ini bermula dengan sebuah perkelahian di jalanan antara penyokong-penyokong kerabat Montague dan Capulet iaitu dia pihak musuh ketat. Datangnya Escalus, Putera Verona mencelah lalu mengisytiharkan bahawa gangguan selanjutnya terhadap ketenteraman akan dijatuhi hukuman mati. Kemudian, Count Paris berbincang dengan Tuan Capulet berkenaan perkahwinan dengan anak perempuannya, tetapi Tuan Capulet meminta Paris untuk menunggu dua tahun lagi, serta menjemputnya untuk menghadiri sebuah majlis yang dirancang oleh kerabat Capulet. Puan Capulet dan pengasuh Juliet cuba memujuk Juliet agar menerima lamaran Paris.
Sementara itu, Benvolio berbual dengan sepupunya, Romeo anak Montague, tentang kemurungan Romeo kebelakangan ini. Benvolio menyedari bahawa hal itu berpunca daripada kegilaan terhadap seorang gadis bernama Rosaline, salah seorang anak saudara Capulet, yang tidak terbalas. Atas pujukan Benvolio dan Mercutio, Romeo menghadiri majlis di kediaman Capulet dengan harapan bertemu dengan Rosaline. Akan tetapi, Romeo sebaliknya bertemu lalu jatuh cinta dengan Juliet. Kehadiran Romeo disedari oleh sepupu Juliet, iaitu Tybalt yang bercadang untuk membunuh Romeo kerana menyusup masuk ke dalam majlis Capulet, tetapi sempat dihalang oleh bapa Juliet yang tidak mengingini ketumpahan darah di kediamannya. Setelah tamatnya majlis,  Romeo menyusup masuk ke dalam kebun bunga Capulet lalu terdengar Juliet di dekat tingkapnya bersumpah untuk mencintai Romeo sungguhpun betapa bencinya keluarganya terhadap keluarga Montague. Romeo tampil ke dalam perhatian Juliet, lalu mereka berdua berpakat untuk berkahwin. Dengan bantuan Rahib Laurence yang berharap dapat mendamaikan kedua-dua keluarga dengan mengahwinkan anak-anak mereka, mereka dikahwinkan secara senyap pada keesokan hari.

Montague berhujah bahawa Romeo bertindak benar dengan menghukum mati Tybalt atas pembunuhan Mercutio. Putera Verona yang kini kehilangan seorang kerabat dalam perbalahan antara keluarga bangsawan, mengusir Romeo dari Verona dengan ancaman hukuman mati sekiranya dia kembali. Romeo dengan senyapnya bermalam di kamar Juliet, di mana mereka menyempurnakan perkahwinan mereka. Tuan Capulet tersalah faham kesedihan Juliet dengan akur untuk mengahwinkan anaknya dengan Count Paris, malah mengugut untuk berhenti mengaku anaknya setelah terdengar keengganan Juliet untuk menjadi "joyful bride" (mempelai bahagia) kepada Paris. Juliet kemudiannya merayu supaya perkahwinan mereka ditangguhkan, tetapi permintaannya ditolak oleh ibunya.Sementara itu, Tybalt yang masih marah bahawa Romeo telah mencuri masuk ke dalam majlis Capulet, mencabar Romeo untuk bertarung, tetapi Romeo menolak kerana menganggap Tybalt sebagai kerabatnya. Mercutio tersinggung oleh kebiadaban Tybalt serta "vile submission" (penyerahan keji) oleh Romeo, lalu menerima cabaran atas pihak Romeo. Mercutio dilukai hingga mati apabila Romeo cuba mematahkan pertarungan. Dengan rasa serba salah dan dilanda kepiluan, Romeo mendepani lalu membunuh Tybalt.

Juliet menziarahi Rahib Laurence untuk meminta tolong, maka Rahib itu menawarkan kepadanya sejenis ubat yang akan membuatnya jatuh koma seakan mati selama "empat puluh dua jam." Rahib Laurence berjanji untuk menghantar seorang utusan untuk memaklumkan Romeo akan rancangan itu supaya dia boleh bersatu semula dengan Juliet apabila dia bangun. Pada malam sebelum perkahwinan, dia mengambil ubat itu. Apabila ditemui seakan-akan tidak bernyawa, dia dilantarkan di dalam makam keluarga.
Malangnya, utusan itu tidak sempat menemui Romeo. Sebaliknya, Romeo terdengar khabar "kematian" Juliet daripada pembantu rumahnya, Balthasar. Dengan hati yang hancur luluh, Romeo membeli racun dari seorang apotekari lalu pergi ke makam Capulet. Beliau bertemu dengan Paris yang tiba untuk meratapi Juliet seorang diri. Paris menyangka bahawa Romeo itu perosak harta lalu bertarung dengannya; akhirnya Romeo membunuh Paris. Masih percaya bahawa Juliet sudah mati, Romeo meminum racunnya. Juliet kemudian bangun, menyedari kematian Romeo lalu menikam diri dengan pisau belati Romeo. Seluruh kerabat Capulet dan Montague serta Putera Verona bertemu di makan untuk menemui ketiga-tiga batang mayat. Rahib Laurence menceritakan kisah sepasang "star-cross'd lovers" (kekasih yang tidak direstui takdir). Maka kedua-dua keluarga berbaik-baik dalam meratapi pemergian anak-anak mereka, serta akur untuk menamatkan persengketaan mereka. Drama berakhir dengan ucapan elegi oleh Putera Verona terhadap pasangan kekasih itu: "For never was a story of more woe / Than this of Juliet and her Romeo.

ROMEO AND JULIET

ROMEO AND JULIET POSTER



SINOPSIS ACT 2

  





Selepas Romeo menghadiri Majlis Tari Menari keluarga Capulet, dia bertekad untuk berjumpa dengan Juliet. Setelah Majlis Tari Menari itu tamat, Romeo bertindak berani dengan memanjat tembok rumah Datuk Capulet untuk pergi ke kawasan bawah bilik Juliet dengan tujuan ingin meyampaikan rasa cintanya terhadap Juliet. Pada masa yang sama, Juliet juga telah jatuh cinta terhadap Romeo tetapi Juliet berasa kesal kerana lelaki yang dicintainya berasal daripada keluarga Montague.

            Ketika Romeo berada di kawasan bilik Juliet, dia terdengar Juliet menyebut namanya beberapa kali. Dari percakapan yang didengari oleh Romeo itu, Romeo yakin bahawa Juliet juga mencintainya. Lalu, dengan perlahan-lahan, Romeo bertindak menyeru nama Juliet. Juliet berasa terkejut apabila mendapati Romeo sedang berdiri di bawah tingkap biliknya. Menyedari kewujudan Romeo disitu, mereka mula berbual-bual melahirkan perasaan masing-masing. Juliet telah menyuarakan pendapatnya bahawa jika Romeo benar-benar mencintainya, Romeo hendaklah mempercepatkan majlis pernikahan mereka dan Juliet akan menghantar orang suruhannya untuk mendapatkan perkhabaran dari Romeo.


            Keesokan harinya, Romeo bergegas dengan tergesa-gesa ke kediaman Friar Laurence yang dianggap mampu menyempurnakan pernikahannya dengan Juliet. Pada awalnya Friar Laurence tidak bersetuju dengan keputusan tergesa-gesa yang telah dibuat oleh Romeo. Friar Laurence mengganggap Romeo tidak serius dalam percintaan kerana sebelum ini dia terlalu mencintai Rosaline, dengan sekelip mata cintanya berubah kepada Juliet. Tetapi, Romeo telah dapat memujuk Friar Laurence bahawa cintanya terhadap Juliet merupakan cinta tulus dari hati, bukannya dari pandangan mata semata-mata. Akhirnya, Friar Laurence bersetuju untuk menyempurnakan pernikahan mereka. Romeo berasa amat gembira kerana majlis perkahwinan mereka akan disempurnakan pada petang itu juga dan dia telah berurusan dengan orang suruhan Juliet untuk menyampaikan pekhabaran kepada Juliet agar segera datang ke kediaman Friar Laurence. Pada petang itu, Juliet bersama-sama Pengasuh telah sampai ke kediaman Friar Laurence dan pernikahan diantara mereka telah disempurnakan oleh Friar Laurence. 

WATAK UTAMA : JULIET



Juliet merupakan watak protagonist dan heroin dalam filem ‘Romeo and Juliet’. Selain itu, Juliet  merupakan anak perempuan kepada pasangan Capulet yang berumur 13 tahun dan digambarkan sebagai seorang yang cantik, bijak, tetap pendirian, tenang dan patuh. Romeo dan Juliet mula jatuh cinta disaat pertama mereka bertemu, iaitu di majlis keraian di kediaman Capulet. Namun begitu, Juliet telah dipaksa untuk berkahwin dengan jejaka pilihan ayahnya iaitu Paris, yang merupakan anak kepada golongan yang berpengaruh di Verona. Juliet perpegang teguh dengan pendiriannya untuk tidak berkahwin dengan Paris dan setia dengan cinta terhadap Romeo dengan mengambil keputusan untuk berkahwin secara rahsia. Akibat daripada percanggahan pendapat dan menentang untuk tidak berkahwin dengan Paris, Juliet lebih berani untuk membuat keputusan demi kebahagiaannya.


 Namun begitu, dalam hubungannya dengan Romeo, Juliet adalah seorang yang  penyayang, lucu, setia, dan kuat. Kesetiaan dan perasaan kasih sayangnya kepada Romeo tidak dapat disangkalkan lagi apabila Juliet sanggup untuk melakukan apa sahaja demi cintanya dan mengharapkan perhubungannya tidak akan dihalang dan perbalahan yang berlaku sekian lama terhadap kedua-dua pihak keluarga, iaitu Montangue dan Capulet dapat berbaik semula. Tetapi semua itu hanyalah mimpi semata-mata kerana keluarga mereka tetap akan menentang kebahagiaan mereka. Tambahan, Juliet juga sanggup mati; menembak kepalanya dengan sepucuk pistol apabila Juliet mendapati Romeo telah mati kerana meminum racun. Tuntasnya disini dapat dinyatakan bahawa Juliet merupakan seorang yang sangat tenang dalam melakukan sesuatu perkara tetapi beliau tidak dapat menahan perasaan sedihnya sehinggakan tidak mampu untuk berfikir secara rasional dengan membunuh diri.

Saturday, May 16, 2015

THE NURSE



            Watak The Nurse (selepas ini disebut sebagai pengasuh) merupakan kunci utama dalam usaha merapatkan dan mengadakan pertemuan di antara Romeo dan Juliet dan watak ini merupakan satu-satunya watak yang mengetahui tentang pernikahan secara senyap diantara Romeo dan Juliet yang dilaksanakan oleh Friar Laurence. Pengasuh merupakan orang suruhan keluarga Capulet telah menganggap Juliet sebagai anaknya sendiri dan beliau telah memberikan layanan yang terbaik buat Juliet. Dalam soal cinta, Pengasuh sering menasihati Juliet dalam aspek umur Juliet yang mana belum mencapai tepat 14 tahun. Baginya, cinta merupakan satu perasaan yang bersifat sementara. Pengasuh juga tidak memahami akan cinta suci yang lahir dari diri Juliet dan Romeo.
Dari sudut pandangan Juliet, pengasuh merupakan seorang yang suka bercakap banyak dan sering mengulang percakapannya. Dalam usaha untuk merancang majlis perkahwinan Juliet dan Romeo, pengasuh telah memaksa Juliet untuk mendengar pendapatnya. Juliet berpendapat bahawa pengasuh sengaja melambatkan-lambatkan masa untuk menyampaikan berita daripada Romeo yang mana menginginkan Juliet untuk terus bergerak ke kediaman Friar Laurence. Watak ini dipilih adalah kerana kagum dengan sikap pengasuh yang mana mahu memberi kerjasama dalam mengaturkan pernikahan antara Romeo dan Juliet walaupun pengasuh bersikap sambil lewa, tetapi dia tetap menjalankan amanah yang telah disampaikan oleh Romeo.



MERCUTIO & BENVOLIO

MERCUTIO & BENVOLIO


            Mercutio merupakan anak saudara lain Escalus, dan juga merupakan sahabat kepada Romeo. Manakal Benvolio pula merupakan sepupu serta sahabat kepada Romeo. Mereka bertiga ini merupakan kawan rapat antara satu sama lain. Mereka berdua yang memaksa Romeo untuk ke pesta di rumah Lord Capulet. Hal ini kerana, mereka berdua mengetahui bahawa Romeo menyukai seorang gadis yang bernama Rosaline. Namun begitu, semasa berada di pesta tersebut, Romeo telah jatuh cinta kepada seorang gadis yang bernama Juliet, merupakan anak kepada Lord Capulet.



            Kedua-dua watak dalam cerita ini telah banyak membantu watak utama, iaitu Romeo. Hal ini disebabkan oleh hubungan persahabatan mereka yang utuh telah menyebabkan Mercutio sanggup mengadai nyawanya demi Romeo. Perkara ini jelas dipaparkan semasa Mercutio snggup menyahut cabaran Tybalt untuk bertempur. Asalnya, Tybalt mencabar Romeo, namun Romeo telah menolaknya, kerana Tybalt merupakan sepupu kepada Juliet, gadis yang dia cintai. Akan tetapi, Mercutio tersinggung dengan ketidaksopanan Tybalt lalu bertarung dengan Tybalt atas nama Romeo. Romeo dan Benvolio cuba untuk memberhentikan pertarungan antara mereka, namun gagal, dan akhirnya Mercutio telah luka parah akibat pertempuran itu.



            Berdasarkan daripada peristiwa itu, kita dapat lihat bagaimana pengarang menonjolkan watak sampingan seperti mereka berdua dan manjadikan cerita ini lebih menarik. Jika dilihat dari perspektif Romeo, sudah semestinya Romeo memandang kawannya sebagai seorang lelaki yang budiman, kerana Mercutio banyak berkorban untuk dirinya. Mercutio juga berani menunjukkan bahawa dirinya juga pandai bermain pedang, walaupun tewas di tangan Tybalt. Mercutio juga seorang yang periang dan setia kawan. Manakala Benvolio pula lebih bersikap “lover” dan bukanya seorang “fighter”. Romeo sangat menyayangi sahabatnya, Mercutio. Hal ini dapat dilihat, di mana Romeo sanggup membalas dendam terhadap Tybalt atas kematian sahabatnya itu, tanpa memikirkan akibat yang bakal dia terima nanti. Watak Benvolio tidak ditonjolkan dengan jelas seperti watak Mercutio.