HEADER

HEADER

Monday, May 18, 2015

Sinopsis Kisah Romeo dan Juliet






Drama yang berlatarkan Verona ini bermula dengan sebuah perkelahian di jalanan antara penyokong-penyokong kerabat Montague dan Capulet iaitu dia pihak musuh ketat. Datangnya Escalus, Putera Verona mencelah lalu mengisytiharkan bahawa gangguan selanjutnya terhadap ketenteraman akan dijatuhi hukuman mati. Kemudian, Count Paris berbincang dengan Tuan Capulet berkenaan perkahwinan dengan anak perempuannya, tetapi Tuan Capulet meminta Paris untuk menunggu dua tahun lagi, serta menjemputnya untuk menghadiri sebuah majlis yang dirancang oleh kerabat Capulet. Puan Capulet dan pengasuh Juliet cuba memujuk Juliet agar menerima lamaran Paris.
Sementara itu, Benvolio berbual dengan sepupunya, Romeo anak Montague, tentang kemurungan Romeo kebelakangan ini. Benvolio menyedari bahawa hal itu berpunca daripada kegilaan terhadap seorang gadis bernama Rosaline, salah seorang anak saudara Capulet, yang tidak terbalas. Atas pujukan Benvolio dan Mercutio, Romeo menghadiri majlis di kediaman Capulet dengan harapan bertemu dengan Rosaline. Akan tetapi, Romeo sebaliknya bertemu lalu jatuh cinta dengan Juliet. Kehadiran Romeo disedari oleh sepupu Juliet, iaitu Tybalt yang bercadang untuk membunuh Romeo kerana menyusup masuk ke dalam majlis Capulet, tetapi sempat dihalang oleh bapa Juliet yang tidak mengingini ketumpahan darah di kediamannya. Setelah tamatnya majlis,  Romeo menyusup masuk ke dalam kebun bunga Capulet lalu terdengar Juliet di dekat tingkapnya bersumpah untuk mencintai Romeo sungguhpun betapa bencinya keluarganya terhadap keluarga Montague. Romeo tampil ke dalam perhatian Juliet, lalu mereka berdua berpakat untuk berkahwin. Dengan bantuan Rahib Laurence yang berharap dapat mendamaikan kedua-dua keluarga dengan mengahwinkan anak-anak mereka, mereka dikahwinkan secara senyap pada keesokan hari.

Montague berhujah bahawa Romeo bertindak benar dengan menghukum mati Tybalt atas pembunuhan Mercutio. Putera Verona yang kini kehilangan seorang kerabat dalam perbalahan antara keluarga bangsawan, mengusir Romeo dari Verona dengan ancaman hukuman mati sekiranya dia kembali. Romeo dengan senyapnya bermalam di kamar Juliet, di mana mereka menyempurnakan perkahwinan mereka. Tuan Capulet tersalah faham kesedihan Juliet dengan akur untuk mengahwinkan anaknya dengan Count Paris, malah mengugut untuk berhenti mengaku anaknya setelah terdengar keengganan Juliet untuk menjadi "joyful bride" (mempelai bahagia) kepada Paris. Juliet kemudiannya merayu supaya perkahwinan mereka ditangguhkan, tetapi permintaannya ditolak oleh ibunya.Sementara itu, Tybalt yang masih marah bahawa Romeo telah mencuri masuk ke dalam majlis Capulet, mencabar Romeo untuk bertarung, tetapi Romeo menolak kerana menganggap Tybalt sebagai kerabatnya. Mercutio tersinggung oleh kebiadaban Tybalt serta "vile submission" (penyerahan keji) oleh Romeo, lalu menerima cabaran atas pihak Romeo. Mercutio dilukai hingga mati apabila Romeo cuba mematahkan pertarungan. Dengan rasa serba salah dan dilanda kepiluan, Romeo mendepani lalu membunuh Tybalt.

Juliet menziarahi Rahib Laurence untuk meminta tolong, maka Rahib itu menawarkan kepadanya sejenis ubat yang akan membuatnya jatuh koma seakan mati selama "empat puluh dua jam." Rahib Laurence berjanji untuk menghantar seorang utusan untuk memaklumkan Romeo akan rancangan itu supaya dia boleh bersatu semula dengan Juliet apabila dia bangun. Pada malam sebelum perkahwinan, dia mengambil ubat itu. Apabila ditemui seakan-akan tidak bernyawa, dia dilantarkan di dalam makam keluarga.
Malangnya, utusan itu tidak sempat menemui Romeo. Sebaliknya, Romeo terdengar khabar "kematian" Juliet daripada pembantu rumahnya, Balthasar. Dengan hati yang hancur luluh, Romeo membeli racun dari seorang apotekari lalu pergi ke makam Capulet. Beliau bertemu dengan Paris yang tiba untuk meratapi Juliet seorang diri. Paris menyangka bahawa Romeo itu perosak harta lalu bertarung dengannya; akhirnya Romeo membunuh Paris. Masih percaya bahawa Juliet sudah mati, Romeo meminum racunnya. Juliet kemudian bangun, menyedari kematian Romeo lalu menikam diri dengan pisau belati Romeo. Seluruh kerabat Capulet dan Montague serta Putera Verona bertemu di makan untuk menemui ketiga-tiga batang mayat. Rahib Laurence menceritakan kisah sepasang "star-cross'd lovers" (kekasih yang tidak direstui takdir). Maka kedua-dua keluarga berbaik-baik dalam meratapi pemergian anak-anak mereka, serta akur untuk menamatkan persengketaan mereka. Drama berakhir dengan ucapan elegi oleh Putera Verona terhadap pasangan kekasih itu: "For never was a story of more woe / Than this of Juliet and her Romeo.

No comments:

Post a Comment