HEADER

HEADER

Saturday, May 16, 2015

FRIAR LAURENCE



Friar Laurence merupakan orang yang bertagungjawab dalam pernikahan secara senyap di antara Romeo dan Juliet. Beliau juga digelar sebagai lelaki suci (holy man) yang mana sebagai seorang paderi serta seorang individu yang dipercayai serta dihormati oleh orang ramai di sekeliling bandar Verona. Pada permulaan, Friar sukar untuk menerima hakikat bahawa cinta Romeo terhadap Rosaline boleh berubah dengan sekelip mata dan Romeo telah jatuh cinta kepada Juliet, jadi dia telah menyedarkan Romeo tentang sikap terburu-burunya itu. Tetapi Romeo telah dapat membuktikan cinta sejatinya terhadap Juliet telah membuatkan Friar Laurence bersetuju untuk mengadakan majlis pernikahan di antara Romeo dan Juliet dengan alasan pernikahan itu dapat meleraikan pertelingkahan di antara keluarga Capulet dan Montague.
Dari sudut pandangan Romeo, Friar Laurance merupakan individu penting yang dapat menolongnya dalam merealisasikan cinta suci diantara Romeo dan Juliet. Romeo amat yakin bahawa Friar dapat membantunya kerana Friar merupakan seorang yang baik hati dan amat arif dalam membuat sesuatu keputusan. Kepakaran Friar dalam menguruskan tanaman terutamanya dalam mengubati dan menyakiti sesuatu perkara telah mendorong Romoe untuk meminta bantuan daripadanya. Romeo juga yakin tentang perselisifan pendapat diantara orang dewasa dan orang tua dapat dileraikan dengan penjelasan yang kukuh yang mana Romeo telah berjaya menyakinkan Friar bahawa cintanya tulus terhadap Juliet walaupun pada asalnya Friar tidak bersetuju dengan tindakannya itu. Romeo dapat membuktikan bahawa cintanya lahir dari hati, bukan dari pandangan mata semata-mata. Watak Friar Laurence ini dipilih adalah disebabkan niat sucinya disebalik pernikahan diantara Romeo dan Juliet. Friar berharap bahawa pernikahan antara mereka dapat meleraikan perselisifahan faham diantara keluarga Romeo dan Juliet. Oleh itu, tindakan Friar ini seharusnya dihargai dan dikenang.




No comments:

Post a Comment