HEADER

HEADER

Saturday, May 16, 2015

MERCUTIO & BENVOLIO

MERCUTIO & BENVOLIO


            Mercutio merupakan anak saudara lain Escalus, dan juga merupakan sahabat kepada Romeo. Manakal Benvolio pula merupakan sepupu serta sahabat kepada Romeo. Mereka bertiga ini merupakan kawan rapat antara satu sama lain. Mereka berdua yang memaksa Romeo untuk ke pesta di rumah Lord Capulet. Hal ini kerana, mereka berdua mengetahui bahawa Romeo menyukai seorang gadis yang bernama Rosaline. Namun begitu, semasa berada di pesta tersebut, Romeo telah jatuh cinta kepada seorang gadis yang bernama Juliet, merupakan anak kepada Lord Capulet.



            Kedua-dua watak dalam cerita ini telah banyak membantu watak utama, iaitu Romeo. Hal ini disebabkan oleh hubungan persahabatan mereka yang utuh telah menyebabkan Mercutio sanggup mengadai nyawanya demi Romeo. Perkara ini jelas dipaparkan semasa Mercutio snggup menyahut cabaran Tybalt untuk bertempur. Asalnya, Tybalt mencabar Romeo, namun Romeo telah menolaknya, kerana Tybalt merupakan sepupu kepada Juliet, gadis yang dia cintai. Akan tetapi, Mercutio tersinggung dengan ketidaksopanan Tybalt lalu bertarung dengan Tybalt atas nama Romeo. Romeo dan Benvolio cuba untuk memberhentikan pertarungan antara mereka, namun gagal, dan akhirnya Mercutio telah luka parah akibat pertempuran itu.



            Berdasarkan daripada peristiwa itu, kita dapat lihat bagaimana pengarang menonjolkan watak sampingan seperti mereka berdua dan manjadikan cerita ini lebih menarik. Jika dilihat dari perspektif Romeo, sudah semestinya Romeo memandang kawannya sebagai seorang lelaki yang budiman, kerana Mercutio banyak berkorban untuk dirinya. Mercutio juga berani menunjukkan bahawa dirinya juga pandai bermain pedang, walaupun tewas di tangan Tybalt. Mercutio juga seorang yang periang dan setia kawan. Manakala Benvolio pula lebih bersikap “lover” dan bukanya seorang “fighter”. Romeo sangat menyayangi sahabatnya, Mercutio. Hal ini dapat dilihat, di mana Romeo sanggup membalas dendam terhadap Tybalt atas kematian sahabatnya itu, tanpa memikirkan akibat yang bakal dia terima nanti. Watak Benvolio tidak ditonjolkan dengan jelas seperti watak Mercutio. 

No comments:

Post a Comment