
Namun begitu, dalam hubungannya dengan Romeo, Juliet adalah seorang yang penyayang, lucu, setia, dan kuat. Kesetiaan dan perasaan kasih sayangnya kepada Romeo tidak dapat disangkalkan lagi apabila Juliet sanggup untuk melakukan apa sahaja demi cintanya dan mengharapkan perhubungannya tidak akan dihalang dan perbalahan yang berlaku sekian lama terhadap kedua-dua pihak keluarga, iaitu Montangue dan Capulet dapat berbaik semula. Tetapi semua itu hanyalah mimpi semata-mata kerana keluarga mereka tetap akan menentang kebahagiaan mereka. Tambahan, Juliet juga sanggup mati; menembak kepalanya dengan sepucuk pistol apabila Juliet mendapati Romeo telah mati kerana meminum racun. Tuntasnya disini dapat dinyatakan bahawa Juliet merupakan seorang yang sangat tenang dalam melakukan sesuatu perkara tetapi beliau tidak dapat menahan perasaan sedihnya sehinggakan tidak mampu untuk berfikir secara rasional dengan membunuh diri.
No comments:
Post a Comment